DemTalk is a free, web-based communication toolkit to help improve interactions involving people living with Dementia (PLWDs).

This multilingual version was developed in collaboration with linguists from the University of Malaya and Newcastle University, UK, the Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM), family caregivers and professionals involved in care provision for people living with dementia. 

The original English version was produced by teams of stakeholders including communication researchers, technology designers, health and social care experts, carers and people living with dementia in a project facilitated by experts from Newcastle University, Barchester Healthcare and Cardiff and Valleys National Health Service Trust and the Alzheimer’s Society UK.

Demensia dan komunikasi

Demensia disebabkan oleh kerosakan di bahagian otak yang menjejaskan kemahiran seseorang serta kebolehan dan pergaulannya.

Secara amnya, ini  merupakan satu keadaan yang semakin merosot. Simptomnya merangkumi hilang ingatan, kesukaran menumpukan perhatian dan masalah pemahaman dan berkomunikasi.

Mereka yang baru mengalami demensia selalunya akan sedar tentang masalah dari segi ingatan dan masalah dalam melakukan sesuatu aktiviti yang dahulunya mudah untuk mereka.

Masalah ingatan merupakan satu perkara yang normal dalam proses penuaan, tetapi bagi mereka yang mengalami Demensia, aktiviti biasa  pun menjadi sangat rumit dan mengecewakan – ataupun langsung tidak dapat dilakukan lagi.

Dalam mengendalikan aktiviti harian mereka, ramai yang mengalami Demensia mungkin cuba menyembunyikan simptom keadaan ini dari ahli keluarga mereka. Mereka juga mungkin menjadi bimbang, murung dan berasa takut atau mudah tersinggung. Kesemua ini menjadikan masalah Demensia itu lebih sukar dihadapi.

Apabila keadaan Demensia menjadi semakin teruk, perasaan seperti ini mungkin berubah atau bertukar bentuk. Personaliti dan perlakuan individu yang mengalami keadaan ini mungkin berubah secara mendadak akibat kemerosotan kognisi. Ini menyukarkan penjaga mereka memahami atau menerima keadaan tersebut.

Individu yang mengalami Demensia mungkin merasa seperti telah hilang identity. Mereka mula mencampur-adukkan bunyi dalam perkataan yang disebut ataupun terus berhenti berkomunikasi, menunjukkan sikap tidak berminat dan tidak memberikan respon.

Walaupun Demensia menyedihkan dan menjejaskan kebolehan serta harga diri individu yang terlibat, mereka yang mengalami keadaan ini berhak dilayan dengan penuh hormat.

 

Ahli keluarga dan individu di sekeliling mereka harus mengambil masa untuk berfikir tentang perasaan mereka yang mengalami keadaan ini, dan mengambil langkah untuk membantu mereka mengatasi masalah, menyatakan kehendak serta mengekalkan harga diri mereka.  

Ini harus membantu mereka yang mengalami Demensia untuk terus menguruskan hidup dan mengurangkan kebimbangan. Ia juga akan memberikan mereka semangat untuk terus berjuang atau menjadi tenang atau mengambil ringan tentang keadaan diri dan mengekalkan rasa kesempurnaan hidup serta perasaan diri yang masih disayangi dan dihargai.

Adakah Anda Menjaga Ahli Keluarga Yang Mengalami Dimensia?

Sekiranya anda ada sebarang soalan atau komen, sila hubungi kami.

Dr. Leela Koranleelako@um.edu.my

Close Menu